Faktor Yang mempengaruhi Pemilihan Tempat Kediaman

Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Tempat Kediaman

Pemilihan tempat kediaman merupakan satu keputusan keluarga yang penting. Pelbagai faktor harus ditentukan dan dipertimbangkan agar pilihan yang dibuat dapat menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga.

Keperluan

  • Tempat kediaman seharusnya dapat memenuhi keperluan keluarga untuk:
  1. Berteduh daripada hujan, panas, dan sejuk
  2. Berlindung daripada bencana dan penjenayah
  3. Berinteraksi dan melaksanakan aktiviti harian
  • Ciri, saiz dan jenis ruang perlu menepati keperluan keluarga yang berbeza. Perkara yang perlu diambil kira ialah:
  1. Saiz keluarga
  2. Peringkat kitaran hidup
  3. Keperluan khas ahli keluarga seperti cacat, tua, atau uzur

Pendapatan

  • Pemilihan tempat kediaman berdasarkan kemampuan keluarga. Salah satu perbelanjaan bulanan yang paling tinggi bagi kebanyakan keluarga ialah bayaran untuk tempat kediaman. Keluarga yang berpendapatan tinggi mampu memilih tempat kediaman yang mempunyai ciri berikut:
  1. Lokasi yang baik
  2. Saiz yang lebih besar
  3. Dilengkapi alat teknologi tinggi seperti sistem kawalan berkomputer


Rajah di atas menunjukkan Faktor pendapatan dapat mempengaruhi pemilihan tempat kediaman

Keselamatan

  • Keselamatan ahli keluarga diberi keutamaan dalam memilih tempat kediaman. Keluarga akan berasa selamat jika tempat kediaman mempunyai ciri berikut:
  1. Aman
  2. Bebas daripada jenayah
  3. Berdekatan dengan perkhidmatan keselamatan seperti polis dan bomba
  • Keluarga juga perlu meningkatkan keselamatan dengan memastikan tempat kediaman dilengkapi dengan:
  1. Kawalan keselamtan seperti sistem penggera keselamatan atau pengawal keselamatan
  2. Sistem pencegahan kebakaran
  3. Pemasangan jeriji pada tingkap dan pintu

Kejiranan

  • Aspek kejiranan dititikberatkan semasa memilih rumah kerana:
  1. Jika jiran mempunyai status dan sosioekonomi yang sama, interaksi dan perhubungan mesra lebih senang terjalin
  2. Gaya hidup, cara pemikiran dan norma yang sama membantu keluarga berinteraksi dan hidup dengan lebib selesa.

Rajah menunjukkan hubungan mesra antara jiran

Estetika

  • Estetika merujuk kepada kebersihan dan keceriaan tempat kediaman dari segi luaran dan dalaman.
  • Keluarga akan memberi keutamaan kepada perkara berikut:
  1. Kawasan sekeliling yang bersih dan ceria
  2. Pemandangan yang indah
  3. Tempat kediaman yang mudah dibersihkan, senang dihias, teratur dan cantik

Rajah menunjukkan keindahan kawasan mempengaruhi pemilihan temapt kediaman

Infrastruktur

  • Infrastruktur kawasan tempat kediaman perlu lengkap supaya pelbagai keperluan ahli keluarga dapat dipenuhi.

Infrastruktur                                            Perkhidmatan

Sistem jalan raya                                                                                              Kesihatan

Sistem bekalan air                                                                                           Kebajikan

Bekalan tenaga elektrik                                                                                Pendidikan

Sistem pembuangan sampah                                                                      Perhubungan

Sistem telekomunikasi                                                                                 Tempat beribadat



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s