Faktor yang mempengaruhi Pengambilan Diet

Keperluan fisiologi :

Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung pada keperluan fisiologi setiap individu seperti umur, jantina, saiz badan, aktiviti yang dijalankan, dan tahap kesihatan. Kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien pembina tubuh kerana mereka sedang membesar. Orang dewasa dan remaja yang cergas memerlukan lebih nutrien pembekal tenaga. Golongan tua pula lebih memerlukan nutrien untuk memelihara kesihatan. Kaum lelaki memerlukan lebih makanan pembekal tenaga daripada wanita kerana mereka lebih aktif dan mempunyai lebih tisu otot. Kaum wanita pula memerlukan lebih nutrien ferum untuk menggantikan kehilangan darah melalui haid dan bersalin.

Pendidikan :

Pengetahuan pendidikan terhadap pemilihan diet boleh menjadikan kita lebih prihatin untuk mengekalkan kesihatan yang bijak. Pendidikan mempengaruhi kualiti dan kuantiti diet yang diambil.

Pendapatan Keluarga :

Pendapatan keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi secara langsung dalam pemilihan makanan mengikut kemampuan masing-masing. Keluarga yang berpendapatan rendah masih boleh mengamalkan diet seinbang. Makanan mahal boleh digantikan dengan makanan yang lebih murah tetapi berkhasiat.

Geografi :

Dari segi geografi, diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastruktur. Ikilm Malaysia sesuai untuk menghasilkan sumber makanan tempatan seperti beras, kelapa, dan pisang. Beras dan hasil beras menjadi bahan utama sajian harian. Kemudahan infrastruktur membolehkan sumber makanan diperoleh sepanjang masa.

Agama :

Amalan pemakanan penganut agama yang berbeza akan mempengaruhi pemilihan diet seseorang. Kebanyakan agama mempunyai beberapa pantang larang. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging. Bagi penganut agama Islam pula diharamkan memakan daging babi dan meminum arak.

Kebudayaan :

Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia turut mempengaruhi pemilihan makanan dalam sajian harian. Kaum Melayu, India, dan Cina mempercayai wujudnya kumpulan makanan “panas” seperti halia dan minyak bijan, manakala “sejuk” seperti timun dan lobak putih. Ibu yang baru bersalin tidak digalakkan mengambil makanan sejuk kerana boleh menjejaskan kesihatan. Mereka digalakkan supaya mengambil makanan panas untuk memanaskan tubuh.

Kemajuan teknologi :

Kemajuan teknologi kini bukan sahaja memudahkan cara penyediaan makanan, tetapi juga telah mengubah corak pengambilan diet generasi baru. Penggunaan makanan mudah seperti mi segera, makanan kering, makanan sejuk beku, dab makanan berkaleng semakin meluas penggunaannya. Dengan ciptaan alat penjimat masa seperti meluas penggunaannya. Dengan ciptaan alat penjimat masa seperti pengisar, pengadun, pemproses makanan dan ketuhar gelombang mikro, kerja memasak menjadi lebih cepat, bersih, dan efisien. Penjimatan masa dan tenaga membolehkan kita berehat, memberi lebih tumpuan kepada ahli keluarga, dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Keperluan sosial :

Keperluan sosial di negara kita telah mengubah corak pengambilan diet. Makanan dan minuman menjadi semakin penting dalam kebanyakkan upacara seperti hari jadi, perayaan agama dan budaya, dan hari ulang tahun. Makan bersama-sama akan meningkatkan interaksi antara individu untuk memenuhi keperluan sosial.

Gambar foto 2.1 Makan bersama keluarga

 

Gambar foto 2.2 Melayan tetamu makan di restoran

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s