Peruntukan Diet Harian yang Disarankan(RDA)

Peruntukan Diet Harian yang Disarankan

Jadual 2.3 Contoh Peruntukan Diet Harian yang Disarankan untuk kegunaan Malaysia.

Peruntukan Diet Harian yang Disarankan ialah satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian oleh individu yang sihat mengikut jantina, umur, ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak.

 

Kegunaan RDA

RDA dapat digunakan sebagai alat pengukur untuk menilai kuantiti suatu makanan berhubung dengan kesihatan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang mengalami beri-beri sedang menerima rawatan. Dietnya harus mengandungi tiamina yang mencukupi. Dengan itu, kuantiti makanan dalam dietnya akan disediakan mengikut keperluan tiamina yang dicadangkan dalam RDA, iaitu sebanyak 0.9mg.

RDA dijadikan garis panduan untuk menggubal polisi oleh pihak kerajaan. Kita harus bersyukur kerana bekalan makanan bagi penduduk Malaysia mencukupi.

Pengusaha industri makanan menggunakan RDA untuk membuat label makanan. Perhatikan label pada bungkusan makanan. Bagaimanakah RDA dicatatkan pada label tersebut?

Dengan pengetahuan ini, anda dapat juga merancang menu harian sendiri. Ahli pemakanan menggunakan RDA bagi merancang menu untuk individu yang mempunyai keperluan berbeza seperti ahli sukan atau pesakit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s