Wn To Try Making Tiramisu Cake?? If want, refer to this Video, u wil know how to do it…

p/s : Inilah cara-cara untuk membuat kek Tiramisu..hehe…:-)

Bahan-bahan:

1 biji sponge kek atau apa-apa kek

200ml whipping cream

200ml cream cheese

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)

1 sudu makan serbuk nescafe

serbuk koko (hiasan)

Cara-cara Membuatnya

1. Mula-mula, bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi.

2. kemudian, satukan gula, cheese dan cream. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.

3. Potong kek pada dua bahagian

4.Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kekt, dan seterusnya sapukan adunan creamdan cheese tadi atas kek

5. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td

6.kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.

7.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.. Letak kek dulu, pastu letak krim.

8.Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.:)

Lemon Used To Bleach Skin

p/s: Ingin muka kamu menjadi lebih sihat?? Jika nak, cubalah guna cara ini…hehe..:-)

Cara Penjagaan Muka Dengan Sayur-Sayuran

Menjaga kulit muka tak semestinya memakan kos yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh sediakan sendiri ramuannya dengan menggunakan sayur-sayuran dan herba. Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan muka adalah daun pegaga, lobak merah, terung muda dan cekur.
Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tips penjagaan muka berikut;

Daun Pegaga:

1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.
2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.
3. Campurkannya dengan sedikit air.
4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.
5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.
6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.
Lobak Merah:
Anda boleh melihat pada artikel lepas bertajuk Atasi Masalah Kulit Berkedut.
Terung Muda:
1. Ambillah sebiji terung muda.

gambar terung ungu

Gambar terung ungu

2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda. Terutamanya di bahagian dahi dan pipi.
3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas.
4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.

Cekur:

1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.
2. Giling cekur tadi sampai lumat.
3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.
4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.
5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.
6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.
7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.
8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Saya juga pernah menulis satu petua menggunakan cekur untuk hilangkan parut jerawat kat muka sebelum ini. Anda boleh rujuk di sana nanti. 🙂

Selamat Mencuba!

TIPS: Cara merawat, mencegah, mengubati Wajah Dari Jerawat dan Flek Bekas Jerawat

Jerawat-Tips dan petua.

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang “noncomedogenic” atau “nonacnegenic”.
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Penjagaan dan membersih kulit bermasalah jerawat.

Rawatan Untuk Jerawat.

  • Liang yang tersumbat harus dibuka.Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
  • Mengurangkan jangkitan bakteria.Menggunakan ubat antibiotik “oral” seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik “oral”.
  • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

Institusi Keluarga yang Harmoni

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih saying, sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral.

Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi lain seperti sekolah, polis,

agama, pusat-pusat pemulihan, dan orang gaji. Agen-agen ini, bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga. Perhubungan spiritual contohnya tidak mungkin dapat disempurnakan oleh institusi bukan kekeluargaan. Kekosongan jiwa boleh menimbulkan berbagai masalah sosial serius.

Jesteru itu kajian tentang keluarga bermasalah menjadi boleh mengenalpasti ciri- ciri masalah dan faktor-faktor penyumbang kepada masalah, agar langkah-langkah memantapkan institusi keluarga dapat disarankan.

Contoh-contoh gambar menunjukkan keluarga harmoni…


Tempat Kediaman

Tempat Kediaman

A. Tempat kediaman didefinasikan sebagai tempat tinggal seperti:

a. Rumah
b. Asrama

B. Tempat Kediaman yang baik dapat memenuhi :
a. Keperluan fizikal – memberi perlindungan dan keselamatan
b. Keperluan sosial – penghuni dapat melakukan aktiviti individu
c. Keperluan psikologi – memberi kete-nangan jiwa dan keselamatan hidup

C. Terdapat 3 jenis ruang tempat kediaman.

a. CONTOH RUANG SOSIAL – RUANG MAKAN

b. CONTOH RUANG PERSENDIRIAN – TANDAS
c. CONTOH RUANG KERJA – GARAJ

FAKTOR KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN1.PENCAHAYAAN


– RUANG DI TEMPAT TINGGAL MESTILAH DITERANGI DENGAN BAIK OLEH CAHAYA MATAHARI ATAU CAHAYA DARI LAMPU SUPAYA
DAPAT MELIHAT DENGAN BAIK
MENGELAKAN KEMALANGAN BERLAKU
MENAMBAH KESELESAAN DALAM RUMAH
= PENCAHAYAAN YANG LEMBUT AKAN MEMBERIKAN SUASANA YANG SELESA
= PENCAHAYAAN YANG TERLALU KUAT ATAU TERLAMPAU MALAP AKAN MEMENATKAN DAN MEROSAKKAN MATA

kOLEKSI BLOUSE & FESYEN PAKAIAN TERKINI

Warna : Oren , Merah, Coklat, Biru, Pink.
Jenis Kain : Cotton
 

Warna : Krim, Oren, Hitam, Hijau, Pink.
Jenis Kain : shiffon
 

Warna : Merah, Cokelat gelap, Pink, Hijau, purple, oren.
Jenis Kain : Shiffon
 

Warna : Hitam, Merah, purple, cokelat, hijau Gelap.
Jenis Kain : shiffon
 

Warna : Purple, Hijau kebiruan, Kuning, Putih, Kelabu.
Jenis Kain : cotton
 

Warna : Purple, Kelabu, Cokelat Gelap
Jenis Kain : Shiffon + lining – Jenama sophy

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.               


Selamat Datang Ke LamanKu….Welcome To Visit My Home Science Pages….(^_^)