Halangan Berkomunikasi

Halangan Fizikal

  • seperti suasana kawasan, masan dan jarak di antara penyampai dengan penerima boleh menyebabkan penerima kurang jelas atau tidak dapat mendengar dan memahami apa-apa yang diucapkan oleh penyampai.
  • Salah faham dalam komunikasi kerap berlaku akibat halangan fizikal.

Prasangka

  • Sesuatu isu boleh menutup fikiran seseorang.
  • Penerima yang tidak fleksibel mungkin menilai sesuatu mesej daripada penyampai mengikut prasangkanya.

Tidak Memberi Perhatian

  • Penerima seharusnya memberi perhatian kepada penyampai semasa proses komunikasi berlangsung.
  • Penerima yang tidak memberi perhatian menghalang komunikasi yang berkesan.

Komunikasi Lisan Boleh Bercanggah dengan Komunikasi Bukan Lisan

  • Mesej yang dihantar mungkin menimbulkan kekeliruan kepada penerima.

Cara atau gaya pertuturan

  • Semasa berkomunikasi, kita seharusnya bercakap dengan gaya dan nada suara yang bersesuaian.
  • Ucapan yang terlalu laju, penggunaan loghat yang kurang difahami, tuduhan atau komen negatif.

Tanggapan dan tafsiran kita terhadap sesuatu mesej

  • Berbeza-beza mengikut latar belakang nilai, budaya, tradisi dan persekitaran masing-masing.

Leave a comment