Pengurusan Sumber Manusia

Pengenalan

Kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga dapat dicapai melalui pengurusan sumber yang berkesan. Apakah sumber? Sumber ialah segala bahan atau punca yang ada pada diri dan persekitaran individu dan keluarga. Sumber adalah terhad. Misalnya, sumber masa yang terhad kepada dua puluh empat jam sehari. Kemahiran pengurusan sumber membantu kita menguruskan sumber yang terhad secara berkesan. Kadangkala sumber tidak digunakan langsung kerana tidak dapat dikenal pasti. Contohnya, bakat seseorang dalam bidang hiasan dalaman tidak terserlah kerana tidak dicungkul dan dikembangkan.

Pengurusan sumber ialah suatu proses perancangan, penggunaan, dan penilaian aktiviti menggunakan bahan atau punca yang ada pada diri dan persekitaran untuk mencapai matlamat keluarga. Kemahiran pengurusan sumber membantu kita menggunakan sumber secara berkesan. Jika kita dapat menguruskan sumber dengan baik, secara keseluruhan kita mencapai kebahagiaan dan keharmonian hidup berkeluarga.

Leave a comment