Proses Jahitan

Penghilangan Gelembung

Penghilangan gelembung ialah proses mengurangkan atau menghilangkan lebihan fabrik pada pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan.

Jenis Penghilangan Gelembung

  • Kedut Lepas
  • Kedut Berjalur
  • Lisu Setentang
  • Lisu Perhiasan
  • Lisu Pemadam
  • Lisu Terbalik
  • Lisu Beriring
  • Smoking

Kedut Lepas

Kedut lepas digunakan untuk mengawal atau mengimbangkan lebihan fabrik, memudahkan pergerakan, dan sebagai hiasan. Kedut lepas dihasilkan dengan cara menarik satu atau dua baris jahitan mesin longgar atau jelujur halus.

Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halu. Kedut lepas memerlukan fabrik yang banyak, sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas akan bergantung dengan elok jika dibuat mengikut ira halus.

Lisu Pemadam

Lisu pemadam ialah sejenis penghilangan gelembung yang bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan fibrik yang berlebihan pada pakaian. Terdapat dua jenis lisu pemada, iaitu lisu pemadam cekung dan lisu pemadan cembung.

Pemilihan lisu pemadan bergantung pada tujuan, jenis fabrik, jenis lisu, dan kedudukan lisu pada pakaian.

Lisu pemadan cekung dijahit dari bahagian yang lebar ke bahagian tirus pada bahagian dada, bahu, siku, lubang lengan, dan pinggang.

Lisu pemadam cembung pula dijahit dari bahagian tengah ke arah kedua-dua hujung tirus. Lisu ini terdapat pada garis pinggang pada baju kebaya, ceongsam dan samfu.

Kelim

kelim ialah sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Kelim juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian. Terdapat beberpa jenis kelim, antaranya ialah kelim belah kangkung, kelim betawi, kelim papan mesin, kelim papan tangan dan kelim lipat tindih.

Belah

Belah ialah proses jahitan untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan. Belah berfungsi bagi memudahkan pergerakan, mengekalkan ciri tradisional pada pakaian dan sebgai hiasan.

Pemilihan belah bergantung pada jenis fabrik, stail pakaian, kedudukan belah dan jenis pakaian yang dibuat.

Leave a comment